Setelah penangguhan demi penangguhan, kini Firefox 4 disasarkan untuk dilancarkan secara rasmi kepada umum pada penghujung bulan Februari ini, sekaligus bakal memperkenalkan sebuah produk yang terbaik. Sebelum ini, Firefox 4 dijadualkan untuk dilepaskan pada penghujung tahun 2010, sebelum ianya ditangguhkan kepada tahun ini.
Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin agak mengejar masa, memandangkan buat masa ini, versi RC masih lagi belum dilepaskan kepada umum, selain sebuah versi beta terakhir dijangka akan dilepaskan sebelum versi RC tersebut. Buat masa ini, ianya dikatakan yang mana Mozilla mempunyai lebih 160 pepijat untuk diselesaikan sebelum mencapai versi Release Candidate (RC).
Melalui versi akhir Firefox 4 kelak, Mozilla bakal membawakan pelayar web mereka bersama-sama dengan Mozilla JaegerMonkey, sokongan hardware acceleration, dan membolehkan para pembangun membangunkan grafik 3D dengan sokongan WebGL, beserta dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik yang lain.