Nampaknya, sepanjang tahun ini, kita akan dapat melihat pelbagai perkembangan menarik dalam industri web tempatan. Terkini, hari ini, laman direktori LamanBlog.com dilancarkan, dimana menghimpunkan blog-blog dari Malaysia dalam kategori dan mengikut platform yang digunakan oleh para penulis blog.
Antaramuka LamanBlog.com
LamanBlog.com ini merupakan projek pembangunan daripada WebImpian, yang mana sebelum ini telah memperkenalkan dua laman bercorak komuniti, iaitu TanyaSoalan.com dan juga Mau.my. Ianya juga diperkatakan yang mana lebih banyak lagi web-web menarik akan diperkenalkan oleh WebImpian sepanjang tahun ini.
LamanBlog.com buat masa ini masih lagi dalam peringkat percubaan, dan para penulis blog boleh menghantar blog-blog mereka untuk disenaraikan disana, sekaligus memudahkan para pembaca dan pengguna internet yang lain menemui blog anda dengan mudah. Penyenaraian di LamanBlog.com adalah percuma, dan tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan. Anda hanya perlu mengisi beberapa ruangan pada ruangan untuk menyertakan blog di LamanBlog.com, dan seterusnya blog anda akan disenaraikan bersama-sama yang lain.