GroupsMore semalam telah berjaya mencapai angka 50,000 orang pengguna, dan menariknya angka tersebut bukan dicapai dengan mudah. Ianya diketahui yang mana GroupsMore sebelum ini pernah cuba untuk membangunkan laman khas untuk golongan pelajar, namun begitu, projek tersebut terpaksa dibatalkan oleh mereka.
Ianya tidak dibatalkan tanpa sebarang sebab. GroupsMore membatalkan perkara tersebut disebabkan kerana para pengguna GroupsMore kebanyakkannya adalah pengguna remaja, yang mana secara tidak langsung, majoriti daripada mereka adalah golongan pelajar. Perkara ini, sekaligus dijangka akan menimbulkan kebingungan antara pengguna dalam pemilihan. Walaubagaimanapun, ianya tidak begitu pasti, samaada ianya telah dibatalkan sepenuhnya, ataupun adakah ianya hanya ditangguhkan buat sementara waktu.