MySpace kini dilihat seperti menghadapi masalah yang amat besar dalam dunia rangkaian sosial. Baru-baru ini, hampir 47% atau seramai hampir 500 orang pekerja telah dihentikan, dan kini masa depan MySpace masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.
Buat masa ini, News Corp, syarikat disebalik MySpace dikatakan sedang melihat kepada beberapa perkara termasuk, jualan, atau menyatukannya bersama yang lain, mahupun memberikan dana dalam membangunkan kembali MySpace. Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana News Corp sudah pun mula mencari pemilik baru untuk MySpace.
Sebelum ini, MySpace telah mengenalkan antaramuka yang baru serta mengintegrasikan Facebook Connect dalam memenangi kembali hati para pengguna. Namun ianya seperti masih gagal, dimana untuk ianya diperkatakan MySpace membawakan kerugian dalam operasi kurang daripada $100 juta pada tahun berakhir Jun 2010. MySpace mengambil langkah untuk mengurangkan hampir 50% pekerja dalam usaha untuk mengekalkan keuntungan, dan ianya masih lagi tidak diketahui apakah masa depan untuk MySpace.