Apple Bakal Memperkenalkan Pesaing Google Latitude?

Apple Bakal Memperkenalkan Pesaing Google Latitude?

Diterbitkan pada Jan 14, 2011 oleh .

Mungkin Ping tidak begitu berjaya, namun kini dilihat Apple masih lagi tidak berputus asa, dan bakal memperkenalkan suatu fungsi sosial yang baru bersama-sama dengan iOS 4.3 kelak. Melaluinya, Apple diperkatakan akan memperkenalkan fungsi sosial berasaskan geolokasi, dimana anda boleh mencari rakan-rakan anda dengan mudah melaluinya kelak.

Walaupun ianya tidak diberitahu secara rasmi oleh Apple, perkara ini telah ditemui oleh MacRumors, dimana melalui iOS 4.3 Developer Build yang baru dilepaskan, mereka menemui beberapa tetapan baru, dimana salah satunya merupakan tetapan untuk fungsi “Find My Friends”, yang mana berkait kepada MobileMe. Ianya sekaligus memberikan idea kepada suatu servis seumpama Google Latitude dimana anda boleh mencari rakan-rakan anda dengan mudah melaluinya.

Geolokasi sememangnya telah menjadi salah satu teknologi yang hangat diperkatakan sepanjang tahun lepas, dan dijangka akan terus meningkat penggunaannya pada tahun ini juga. Apple masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara ini.


Fungsi FindFriends Pada iOS 4.3 [via]


TIPS & ULASAN