GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?

GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?

Diterbitkan pada Jan 14, 2011 oleh .

Tiada angin, tiada ribut, kini kami dengar ura-ura mengatakan laman perkongsian gambar daripada GengMedia, iaitu GengFotografi.com akan ditutup tidak lama lagi. Buat masa ini, kami masih lagi belum dapat sebarang maklumbalas rasmi daripada pihak pembangunnya, yang mana juga turut sama membangunkan laman GengBlogger.com.


Laman GengFotografi.com Bakal Di Hentikan?

Sama seperti GengBlogger yang menjadi tempat para penulis untuk berkongsi artikel blog mereka, melalui GengFotografi, para pencinta gambar boleh berkongsi gambar-gambar mereka bersama yang lain dengan mudah, selain proses pendaftaran yang pantas menggunakan Facebook Connect.

Ianya masih lagi tidak diketahui mengapakah ianya akan ditutup, dan adakah perkara ini benar ataupun tidak. Kami telah menghubungi pihak GengMedia dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN