Apple Tidak Lagi Akan Menyertakan Butang Home?

Diterbitkan pada Jan 14, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas pihak pembangun Android mengatakan yang mana generasi seterusnya tidak lagi akan bergantung kepada butang pada perantian, kini ura-ura kedengaran mengatakan Apple bakal membuat perkara sama, dimana generasi baru iPad dan iPhone diperkatakan tidak akan membawakan butang fizikal pada rekabentuknya nanti.

Untuk mengantikan butang tersebut, ianya diperkatakan yang mana sokongan multitouch akan didatangkan melalui iOS 4.3, yang mana akan memudahkan para pengguna untuk bernavigasi ke skrin utama dengan mudah. Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah ianya akan berfungsi, dan seperti biasa, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Apple sehingga kini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami