Mungkin ramai pengguna aktif PayPal di Malaysia menantikan perkara ini, dimana kini PayPal telah pun membuka pusat khidmat pelanggan mereka di Kuala Lumpur, Malaysia dalam membawakan pengalaman menarik, dan sokongan menyeluruh kepada para pelanggan mereka di Asia Pasifik.
Dengan pembukaan Pusat Khidmat Pelanggan mereka di Malaysia, kini ianya menjadi pusat sokongan yang kedua di Asia Pasifik selepas yang pertama di Shanghai, China. PayPal juga kini membuka peluang kerjaya untuk para penduduk tempatan, selain mengatakan dimana mereka ingin mengambil lebih 300 pekerja dalam jangka masa 3 tahun akan datang. Mungkin dengan ini, kelak kita akan dapat melihat lebih banyak laman web tempatan menyokong PayPal, apatah lagi dengan Multimedia Development Corridor yang memberikan PayPal Malaysia status syarikat MSC, yang menambahkan lagi keyakinan para pengguna tempatan.