Cari @ Amanz

Setelah Kesatuan Eropah memperkenalkan domain mereka sendiri, iaitu .eu, kini Asean mungkin akan mengikut jejak mereka, dengan memperkenalkan nama domain yang melambangkan Asean menjelang tahun 2015. Ianya masih lagi dalam peringkat perbincangan dan masih tidak diketahui apakah nama akhiran yang akan digunakan kelak.

Selain daripada nama domain, Asean juga dijangka akan memperkenalkan pusat pertukaran internet tersendiri, sekaligus kelak lebih 600 juta pengguna dan perniagaan tidak lagi perlukan sambungan yang jauh, iaitu daripada US atau Eropah sebelum berhubung dengan negara Asean yang lain, seperti sekarang ini.

Perbincangan mengenainya telah pun dimulakan, dan mungkin kita akan dapat lebih mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd