iPad 2 Akan Mula Di Jual Pada Bulan April?

iPad 2 Akan Mula Di Jual Pada Bulan April?

Diterbitkan pada Jan 14, 2011 oleh .

Kini, beberapa sumber mula memperkatakan yang mana iPad 2 daripada Apple kelak akan mula dijual kepada umum mulai daripada awal bulan April kelak, samaada antara 2 April ataupun 9 April, yang mana dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk dua kamera, iaitu dihadapan dan dibelakang.

Ianya diperkatakan yang mana untuk tiga bulan pertama, Apple hanya akan membuka jualan Apple iPad 2 hanya di Amerika Syarikat sahaja, sebelum memulakan jualan antarabangsa pada bulan Julai 2011. Selain daripada itu, tidak banyak informasi berkenaan dengan iPad 2 yang diketahui buat masa ini.

Apple baru-baru ini telah melepaskan iOS 4.3 beta kepada para pembangun, sekaligus sedikit demi sedikit fungsi-fungsi baru diketahui buat masa ini. Walaubagaimanapun, tiada sebarang fungsi yang telah disahkan sehingga kini. Kevin Rose, pembangun Digg, sebelum ini telah memperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan iPad 2 kepada umum seawal bulan 2 ini.


TIPS & ULASAN