Lebih 1,000 Pengguna Berdaftar Di 1Malaysia.com Dalam Masa Kurang 3 Hari

Lebih 1,000 Pengguna Berdaftar Di 1Malaysia.com Dalam Masa Kurang 3 Hari

Diterbitkan pada Jan 14, 2011 oleh .

1Malaysia.com yang baru sahaja dilancarkan tiga hari yang lalu, kini telah pun mencapai lebih daripada 1,000 orang pengguna. Walaupun angka penggunanya dilihat sebagai rendah, namun peningkatan pendaftarannya yang drastik, jika dikekalkan mungkin akan mencapai suatu angka yang besar tidak lama lagi. Namun begitu, bersama-sama dengan peningkatan ini, beberapa masalah juga turut timbul sama dengannya.

Beberapa orang pengguna kini mula mengatakan yang mana laman mereka sukar diakses buat masa ini. Ini berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan pengguna dengan mendadak, dan mereka tidak merancang lagi untuknya. Selain daripada itu, logo laman tersebut juga dilihat telah diubah, dan tidak lagi sama seperti ketika pelancarannya dulu.

Selain daripada itu, pihak pentadbir laman 1Malaysia juga meminta agar para pengguna menjaga tingkah laku dilaman tersebut, selain meminta pengguna jangan mencarut, mengugut, selain melibatkan sebarang perkara berkaitan politik. Laman 1Malaysia.com juga dikawal rapi oleh para pentadbir, untuk memudahkan para pengguna sedia ada, dan untuk kesenangan pengguna baru dan sedia-ada.

Kemaskini (9.07 malam) : Pihak pembangun 1Malaysia dalam proses menambah bilangan server untuk menampung pengguna, dan mengelakkan masalah laman web tidak boleh diakses.

Kemaskini (9.30 malam) : Lebih 1,500 pengguna berdaftar, sekaligus melangkaui angka 1.2 juta hits.


TIPS & ULASAN