Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, OhMedia merupakan antara rangkaian blog popular di Malaysia, dan menariknya, kini mereka dilihat akan melangkah setapak kehadapan dengan bekerjasama bersama beberapa syarikat terkemuka, dan salah satunya adalah KRU Studios.

Buat masa ini, bentuk kerjasama masih lagi tidak diketahui, memandangkan ianya masih lagi dirahsiakan oleh kedua-dua belah pihak buat masa ini. Pemilik OhMedia, Khai Hassan telah pun mengumumkan pada halaman Twitter beliau, dimana pihak OhMedia dan KRU Studios akan bertemu untuk berbincang mengenai kerjasama tersebut.

Seperti sedia maklum, KRU Studios selain daripada menerbitkan filem dan lagu, turut sama terlibat dalam bidang penerbitan dan juga media. Mungkin kini dengan bekerjasama bersama-sama dengan OhMedia, pihak mereka ingin menceburi bidang media baru yang mana sedang meningkat penggunaannya akhir-akhir ini. Berita lanjut mengenainya akan menyusul
.

KRU Studio contact nak biz partner dengan Oh! Media. Perjumpaan dengan Norman akan dijalankan dalam masa terdekat.less than a minute ago via web

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd