Cari @ Amanz

Salah satu laman web yang paling menarik dan popular di dunia adalah WikiPedia. Hari ini, laman WikiPedia menyambut ulang-tahun pelancaran mereka yang ke-10, dimana sudah sedekad sejak pelancaran laman web ensiklopedia dan rujukan terkemuka dunia itu. Kini, WikiPedia merupakan antara 10 laman web yang sering dikunjungi didunia, dimana segalanya telah dimulakan pada sedekad yang lalu.

Menyambut ulang-tahun ke-sepuluh WikiPedia, beberapa acara telah disediakan diseluruh dunia, dimana di Malaysia, ianya diadakan di dua lokasi, iaitu di Shah Alam dan juga Johor Bahru, dimana para pengguna yang berminat boleh menghadirkan diri dan berkenalan antara satu sama lain pengguna WikiPedia.

Seperti sedia maklum, kini Wikipedia telah menjadi salah satu laman terkemuka didunia, yang mana tiada sebarang iklan diadakan dilaman mereka, selain berkongsi segala jenis informasi dan maklumat secara percuma. Para pengguna yang berminat juga boleh berkongsi maklumat dan informasi pada laman tersebut, serta menjadikannya lebih menarik dan informatif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd