Kini, CityVille Melangkaui 100 Juta Pemain

Kini, CityVille Melangkaui 100 Juta Pemain

Diterbitkan pada Jan 15, 2011 oleh .

Zynga terus cemerlang dengan permainan sosial terkini mereka, iaitu Cityville, dimana kini ianya menjadi salah satu permainan sosial yang berkembang paling pantas sekali, dimana sehingga ke hari ini, ianya telah pun melangkaui 100 juta pengguna, iaitu lebih kurang 1/6 daripada keseluruhan pengguna Facebook.

Permainan Cityville, yang mana membawakan simulasi pembangunan bandar itu baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas, iaitu pada 2 Disember 2010, dan kini, ianya mengambil-alih takhta permainan FarmVille daripada pembangun yang sama. Buat masa ini, para pengguna aktif CityVille seharian adalah 18.5 juta pengguna.

Melalui permainan CityVille, para pemain boleh membina bandar mereka tersendiri dengan bangunan, dan macam-macam lagi, selain bekerjasama bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah. Zynga menyediakan permainan tersebut secara percuma di Facebook, dimana para pengguna boleh bermainnya tanpa sebarang bayaran. Namun begitu, untuk menggunakan beberapa fungsi dengan pantas, anda boleh membelinya menggunakan duit sebenar, sekaligus bersaing secara dengan lebih pantas bersama rakan-rakan anda yang lain.


TIPS & ULASAN