Firefox 4 Beta 9 Sedia Diuji

Firefox 4 Beta 9 Sedia Diuji

Diterbitkan pada Jan 15, 2011 oleh .

Pasukan pembangun Mozilla Firefox telah pun melepaskan versi terbaru FireFox 4 Beta mereka kepada umum iaitu Firefox 4 Beta 9. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana Firefox 4.0 semakin hampir kepada versi akhir, yang mana ianya dijangka bakal dilepaskan pada penghujung bulan Februari 2011.

Firefox 4 Beta ini dibangunkan berdasarkan Platform Web Gecko 2.0. Melalui pelepasan yang terbaru ini, pasukan pembangun Firefox melakukan beberapa pengubahsuaian pada kod History dan Bookmark, menjadikan proses bookmark dan permulaan pelayar web menjadi lebih laju dari sebelumnya.

Pada masa yang sama, pembangun Firefox juga mengumumkan bahawa Mozilla Firefox kini menyediakan 7 bahasa tambahan, menjadikan jumlah keseluruh kepada 76 bahasa. Firefox Sync juga telah diperbaharui dan dipertambah-baik untuk kegunaan para penggunanya.

Firefox versi pembangunan terbaru ini juga mengemaskini paparan antaramukanya dengan butang yang diberikan nafas baru serta susunan tab di atas untuk semua sistem operasi iaitu Linux, Mac dan Windows. Butang Stop dan Reload digabungkan menjadi satu serta Firefox 4 Beta 9 ini juga dilengkapi dengan perlindungan Crash Protection jika berlaku kegagalan pada Adobe Flash, Microsoft SilverLight, Apple QuickTime atau sebarang aplikasi pihak ketiga.

Tidak ketinggalan, Firefox ini juga mengumumkan sokongan mereka terhadap format video HD HTML5 WebM. Jika anda mahu mencubanya, anda boleh memuat turun FireFox 4 Beta 9 ini pada laman rasmi meraka.


TIPS & ULASAN