Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan Gumuu dengan sokongan untuk memuat-naik fail sehingga 200MB, kini mereka menaik-taraf sistem mereka, dimana kini anda boleh memuat-naik lima fail sekaligus pada sesuatu masa, selain saiz fail yang telah dipertingkatkan kepada 1GB berbanding hanya 200MB sebelumnya.


Antaramuka Baru Ketika Muat-Naik [via]

Pada masa yang sama, kini Gumuu turut memperlihatkan peratusan muat-naik fail dengan lebih terperinci, selain turut memberikan anda akses untuk menghentikan atau membatalkan sebarang fail yang sedang dimuat-naik ke Gumuu. Gumuu juga pada masa yang sama telah mempertingkatkan serba-sebanyak laman mereka, serta memperkenalkan sebuah halaman khas, wiki untuk memudahkan para pengguna baru memahami cara penggunaan laman Gumuu.

Gumuu juga dijangka bakal memperkenalkan lebih banyak perkara baru dalam masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd