iPad 2 Bakal Menggunakan Cipset Qualcomm Dan Membawakan Slot Kad SD?

iPad 2 Bakal Menggunakan Cipset Qualcomm Dan Membawakan Slot Kad SD?

Diterbitkan pada Jan 15, 2011 oleh .

Dengan semakin hampirnya Apple untuk memperkenalkan iPad generasi kedua mereka, sedikit demi sedikit maklumat dan ura-ura berkaitan dengannya mula kedengaran. Ianya kini diperkatakan yang mana iPad 2 kelak akan mengguna-pakai cipset Qualcomm sama seperti pada iPhone 4 Verizon, selain mana turut membawakan sebuah slot kad SD.

Ianya diura-urakan yang mana iPad 2 kelak akan mengguna-pakai cipset Qualcomm CDMA/GSM, sekaligus membolehkan perantian mereka digunakan pada kedua-dua rangkaian, Verizon dan juga AT&T, dua rangkaian mudah-alih popular di Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, iPad 2 juga diperkatakan akan membawakan skrin seluas 10-inch sama seperti sebelumnya, selain membawakan sokongan resolusi tinggi, lebih kurang seperti Retina Display pada iPhone, namun dengan kepadatan pixel yang berbeza. iPad 2 juga diperkatakan akan membawakan dua kamera, iaitu dihadapan dan juga dibelakang.

Buat masa ini, segalanya masih tiada sebarang pengesahan daripada pihak Apple secara rasmi. iPad 2 diura-urakan akan dilancarkan dan mula dijual mulai bulan April ini.

Via : Mashable


TIPS & ULASAN