Android Membawakan Fungsi Sync Music?

Android Membawakan Fungsi Sync Music?

Diterbitkan pada Jan 15, 2011 oleh .

Sejak dari tahun lepas, Google diura-ura akan memperkenalkan perkhidmatan muzik berasaskan perkomputeran awan, dan dipanggil Google Music. Walaupun telah lama tidak kedengaran mengenainya, kini ianya dilihat pada Android Gingerbread, dimana terdapatnya sebuah fungsi baru yang dipanggil Sync Music.


Fungsi Sync Music Pada Android? [via]

Sehingga kini, hanya Nexus S sahaja yang membawakan Android Gingerbread, selain ianya masih belum diperkenalkan secara rasmi kepada pengguna perantian yang lain. Melalui paparan yang kelihatan daripada GizmoFusion ini, ianya dapat dilihat yang mana sistem Android diintegrasikan sepenuhnya untuk sync akan muzik kegemaran anda dengan mudah, dan mungkin akan berfungsi sama seperti kemaskini Google Calendar dan sebagainya. Maklumat lanjut mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN