Sebelum ini, RockMelt telah dilancarkan dengan harapan untuk memudahkan penggunaan rangkaian sosial,terutamanya Facebook. Namun begitu, ianya tidak disukai oleh segelintir pengguna, dan menariknya kini para pembangun di Adobe, membawakan sebuah aplikasi desktop, yang dikenali sebagai Facebook Desktop.
Facebook Desktop Pada Windows
Facebook Desktop ini dibangunkan menggunakan Adobe Air, sekaligus memudahkan ianya digunakan pada pelbagai sistem operasi. Melaluinya, anda boleh ketahui pelbagai notifikasi semasa daripada Facebook terus pada desktop anda dengan mudah, dan tidak perlu anda membuka pelayar web sepanjang waktu. Pelbagai notifikasi seperti penambahan rakan baru, komen, jemputan, dan sebagainya, sama seperti pada sistem notifikasi Facebook diperlihatkan terus pada desktop anda.
Facebook Desktop Pada Mac OS X
Walaubagaimanapun, sama seperti RockMelt, anda juga perlu berikan kebenaran terlebih dahulu kepada akaun Facebook anda sebelum boleh menggunakannya. Facebook Desktop boleh dimuat-turun secara percuma dan digunakan pada komputer anda dengan mudah. Namun, terlebih dahulu anda perlu mempunyai Adobe Air terpasang sedia ada pada komputer anda.
Via : DownloadSquad