Android Bakal Menyokong Fungsi Stream Lagu

Android Bakal Menyokong Fungsi Stream Lagu

Diterbitkan pada Jan 16, 2011 oleh .

Semalam, kami ada menulis mengenai fungsi sync muzik dan lagu pada Android. Kini, ianya diketahui yang mana fungsi tersebut bukanlah didatangkan bersama Android Gingerbread, sebaliknya didatangkan bersama-sama dengan aplikasi muzik Android 3.0 yang mana telah diperlihatkan sebelum ini.


Fungsi Stream Muzik Pada Android [via]

Jadi, mungkin ianya merupakan sebahagian daripada fungsi baru pada Android Honeycomb kelak. Namun begitu, para pengguna yang berminat boleh mengujinya menggunakan aplikasi muzik yang bocor ke internet tidak lama sebelum ini. Selain daripada kebolehan untuk sync lagu dan muzik, para pengguna juga boleh secara terus memainkan atau stream lagu terus daripada simpanan (libraries) mereka.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah perkara tersebut akan berfungsi. Selain daripada kebolehan untuk bermain secara terus melalui dalam talian, para pengguna juga memainkan secara offline dengan fungsi cache yang didatangkan bersama.

Sebelum ini, Google pernah memperlihatkan video beberapa fungsi utama berkaitan muzik pada Android, namun masih kebanyakkan daripadanya tidak diberitahu lagi, memperlihatkan banyak lagi fungsi berkaitan dengannya sedang dibangunkan.

Buat masa ini, walaupun ianya diperkatakan sebagai aplikasi muzik untuk Android 3.0, ianya masih boleh digunakan oleh Android 2.x, memandangkan paparan yang mula kelihatan menggunakan Android 2.x. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN