Selain kedengaran ura-ura mengatakan yang mana GengFotografi bakal ditutup, ianya juga dilihat yang mana kini pemilik GengMedia, yang juga merupakan pemilik beberapa laman ping terkemuka tempatan, termasuk GengBlogger, sedang berkira-kira untuk menjual salah satu laman ping dibawah mereka, iaitu SelangorBloggers.com.
Seperti sedia maklum, GengMedia membangunkan beberapa laman ping terkemuka, dan salah satunya merupakan SelangorBloggers.com yang mana menggunakan akaun Twitter untuk log masuk ke laman tersebut. Selain daripada menghantarkan ping pada laman SelangorBloggers.com, ianya juga secara automatik menghantarkannya kepada Twitter, sekaligus, para pengikut di Twitter boleh membacanya dengan mudah.
Buat masa ini, ianya tidak diketahui samaada GengMedia benar-benar ingin menjualnya ataupun tidak. Namun begitu, melalui akaun Twitter @GengBlogger, ianya dilihat yang mana mereka menawarkan laman tersebut kepada TourismSelangor. Ianya kelihatan yang mana laman tersebut tidak akan ditutup begitu sahaja, sebaliknya, hanya akan dijual kepada pemilik baru sahaja, sekiranya terdapat sebarang pihak yang ingin membeli laman tersebut daripada GengMedia.
Berita lanjut akan disahkan dengan pihak GengMedia.