WordPress 3.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali

WordPress 3.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali

Diterbitkan pada Jan 17, 2011 oleh .

Salah satu platform menulis blog diluar sana adalah WordPress. Kini, pihak pembangun mereka sedang giat membangunkan WordPress 3.1, dan menariknya, terkini, mereka telah mencapai salah satu tahap baru, dimana WordPress 3.0 telah pun dimuat-turun lebih 30 juta kali secara keseluruhannya.

Seperti sedia maklum, WordPress 3.0 telah dilepaskan kepada umum pada bulan Jun yang lalu, atau lebih tepat lagi pada 17 Jun 2010. Melaluinya, pihak pembangun WordPress, membawakan pelbagai perubahan dan perkara baru, termasuk tema baru yang dipanggil TwentyTen menggantikan tema Kubrick. Selain itu, pelbagai perkara baru turut diperkenalkan, termasuk disatukan dengan WordPress MU, sokongan latar belakang custom, shortlinks, menu dan banyak lagi.

Buat masa ini, para pembangun WordPress sedang giat membangunkan WordPress 3.1, yang mana dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini, mungkin dalam beberapa hari, mahupun minggu. Bagi para pengguna WordPress yang tidak sabar, anda boleh menguji terlebih dahulu WordPress 3.1 RC, sementara menunggu versi akhir dilepaskan kepada umum.


TIPS & ULASAN