CyberSecurity : Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal Di Facebook

CyberSecurity : Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal Di Facebook

Diterbitkan pada Jan 17, 2011 oleh .

CyberSecurity Malaysia, kini telah meminta agar para pengguna laman sosial terkemuka, Facebook hanya menambah rakan-rakan yang mereka kenali sahaja, selain menerima permintaan rakan-rakan yang diketahui mereka sahaja dan bukan sebaliknya, memandangkan pada tahun lepas sahaja, lebih 401 kes yang dikaitkan dengan Facebook telah dilaporkan.

Daripada 401 kes yang dilaporkan kepada Cyber999 sepanjang tahun lepas itu, lebih 62% adalah berbentuk gangguan, 22% untuk akaun yang diceroboh, selain 5% lagi untuk penipuan identiti. Selain daripada itu, CyberSecurity juga turut meminta agar para pengguna hanya berkongsikan gambar, video dan informasi yang hanya ingin diketahui awam sahaja, memandangkan ianya mungkin tersebar lebih luas tanpa pengetahuan pengguna.

Pada masa yang sama, ibu bapa juga diminta untuk mengawal dan memerhatikan aktiviti anak-anak mereka, dan ketahui apa yang dikongsikan mereka secara dalam talian. CyberSecurity juga meminta para pengguna yang menghadapi masalah gangguan, penipuan identiti dan seumpamanya, boleh menghubungi Cyber999 melalui emel di [email protected]


TIPS & ULASAN