Kini, Google memperlihatkan hasil carian video dengan lebih menarik lagi, dimana pautan kepada laman video yang lain turut diperlihatkan, yang mana membawa para pengguna kepada video yang serupa pada pad alaman lain, selain daripada YouTube milik Google sendiri.
Video Dari Pesaing Di Perlihatkan Melalui Pautan “Also Watch On”
Melalui fungsi baru ini, Google mengatakan yang mana melaluinya, mereka mengimbas kandungan video diseluruh web, dan memperlihatkannya berdasarkan kepada kedudukan terbaik sumber-sumber video tersebut. Buat masa ini, fungsi ini hanya diperlihatkan untuk video-video berbentuk lagu sahaja, atau lebih tepat lagi video muzik.