Nokia Hentikan Tawaran Muzik Percuma

Nokia Hentikan Tawaran Muzik Percuma

Diterbitkan pada Jan 18, 2011 oleh .

Setelah melancarkan perkhidmatan muat-turun muzik secara percuma pada tahun 2008, kini Nokia ingin menamatkan perkhidmatan tersebut di lebih 27 negara daripada 33 negara yang diperkenalkan perkhidmatan tersebut. Pelanggan sedia ada, masih boleh terus menggunakannya sehingga langganan mereka tamat tempoh.

Pada tahun 2008, Nokia melancarkan perkhidmatan “Comes With Music“, sebelum ianya dipindahkan dibawah penjenamaan Ovi. Melaluinya, mereka menawarkan perkhidmatan memuat-turun lagu dan muzik, sekaligus bercadang untuk bersaing bersama iTunes dan sebagainya. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya tidak mendapat sambutan ramai, kini mereka bercadang untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.

Walaubagaimanapun, pengguna Nokia masih lagi boleh mendapatkan lagu bebas-DRM daripada Ovi Music, tanpa sebarang masalah walaupun perkhidmatan Comes With Music ini dihentikan.


TIPS & ULASAN