Cari @ Amanz

Axiata Dan DiGi Bekerjasama – Bakal Berkongsi Pusat Pemancar

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam untuk mengurangkan kos operasi, Axiata Group Bhd dan juga DiGi dijangka akan bekerjasama selama lebih 10 tahun, yang akan memperlihatkan penjimatan lebih kurang RM2.2 billion. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan berkongsi infrastruktur rangkaian mereka, dalam membolehkan para pengguna menikmati talian mereka diseluruh Malaysia.

Melalui kerjasama ini, mereka berdua akan berkongsi pusat pemancar, dimana akan mengelakkan duplikasi pusat pemancar di sesuatu lokasi, sekaligus mengurangkan pelbagai kos, termasuk kos sewa, dan kos teknikal dan pengurusannya. Axiata dan DiGi akan berkongsi lebih 218 lokasi setiap pihak, sebagai permulaan, dan akan meningkatkannya kepada lebih 4000 lokasi menjelang 2015. Melalui perkongsian ini, mereka dijangka akan menjimat antara RM150 hingga RM250 juta setiap tahun selepas tahun 2015.


Komen ()