Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi – dRPlaces

Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi – dRPlaces

Diterbitkan pada Jan 18, 2011 oleh .

Nampaknya, kini Dr Rozmey benar-benar berminat pada industri ICT. Setelah memperkenalkan Dr Rozmey IT Solutions, dan juga dalam proses memperkenalkan dRbook, hari ini, Dr Rozmey memperkenalkan sebuah laman baru yang dipanggil sebagai dRPlaces, yang mana merupakan direktori mengenai lokasi-lokasi menarik di Malaysia.


Laman Dr Places

Melalui sebuah video yang ringkas, Dr Rozmey memperkenalkan dR Places sebagai sebuah medium dalam talian yang mana menyediakan servis carian berkenaan dengan maklumat tempat-tempat menarik, termasuk penginapan, pelancongan, dan sebagainya. Buat masa ini, ianya ditujukan kepada lokasi disekitar Malaysia, dan mungkin dalam masa hadapan kelak, ianya akan diperluaskan kepada seluruh dunia.

Sekiranya anda merupakan pemilik perniagaan, dRPlaces menawarkan penyenaraian percuma sehingga 31 Mac 2011, manakal para pengguna boleh melakukan carian berkenaan dengan lokasi yang mereka hendaki menggunakan kata kunci dan juga poskod, atau alamat. Memandangkan ianya masih baru lagi, mungkin tidak banyak lokasi yang tersenarai padanya buat masa ini.

Tips daripada @RotiKaya. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my


TIPS & ULASAN