TM Menambah 4 Saluran Baru Pada HyppTV

TM Menambah 4 Saluran Baru Pada HyppTV

Diterbitkan pada Jan 19, 2011 oleh .

Telekom Malaysia (TM) memulakan tahun baru 2011 dengan menambah 4 saluran baru kepada perkhidmatan TV berbayar mereka, HyppTV, iaitu saluran UTV Movies, UTV Bindass, Jaya Max dan juga Bloomberg TV. Setiap saluran baru yang diperkenalkan adalah saluran berbayar, dimana boleh didapati pada harga hanya serendah RM3 sebulan.

Melalui HyppTV, TM menawarkan para pelanggan UniFi salah satu pengalaman baru, dimana mereka mempunyai lebih banyak kawalan kepada kandungan yang diinginkan mereka, dan boleh menontonnya bila sahaja yang diinginkan mereka.

Seperti sedia maklum, TM telah melancarkan HyppTV secara rasminya pada bulan Oktober yang lalu, membolehkan semua pelanggan UniFi menikmati perkhidmatan TV berbayar itu, dimana mereka boleh menikmati dan melanggan hanya saluran yang dikehendaki pada kadar serendah RM3 sebulan.

Buat masa ini, TM menawarkan lebih 33 saluran pada HyppTV, dimana 14 daripadanya ditawarkan secara percuma, manakala 19 lagi adalah saluran berbayar, yang boleh dilanggan oleh para pelanggan dengan mudah.


TIPS & ULASAN