Cari @ Amanz

Yahoo! kini dilihat seperti kian tenggelam namanya, namun mereka masih lagi tidak berputus asa. Untuk memudahkan para pengguna berdaftar dengan mereka, kini Yahoo! membolehkan para pengguna dengan akaun Google dan Facebook mendaftarkan diri untuk laman Yahoo! dengan amat mudah sekali.

Kini, Yahoo! mengintegrasikan kebolehan untuk pendaftaran menggunakan akaun pihak ketiga, iaitu Google dan Facebook, dan mendapatkan kelebihan sama seperti pengguna Yahoo! berdaftar yang lain, tanpa memerlukan mereka melalui proses pendaftaran yang mengambil masa lama seperti sebelumnya.

Sebelum ini, beberapa bulan yang lalu, Yahoo! telah pun sedia memperkenalkan kebolehan mendaftar menggunakan akaun Google pada Flickr. Menariknya, melaluinya penggunaan laman tersebut meningkat lebih 20%, melihat pendaftaran pengguna baru meningkat daripada biasa.

Mungkin dengan sokongan menggunakan akaun Facebook serta Google ini, kita akan dapat melihat lebih ramai pengguna baru berdaftar dengan servis Yahoo! selain mencapai tahap populariti sama seperti sebelumnya.

Tips daripada @Piratz. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emelkan kepada media(a)amanz.my

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd