Carian
MentariWorks Bakal Melancarkan Laman Iklaneka – Lokal.my
January 19, 2011 Aman

Mungkin banyak laman iklaneka sekarang ini yang ditumpukan ke Malaysia, namun kebanyakkannya sedikit serabut dan sukar untuk digunakan. Untuk mengatasinya, kini MentariWorks bakal memperkenalkan laman iklaneka tersendri, dengan nama Lokal.my, yang mana membolehkan para pengguna mengaksesnya dengan pantas, selain cara penggunaannya yang amat mudah sekali.


Laman Lokal.my Dalam Versi Alpha


Penyenaraian Barang dan Perkhidmatan Pada Lokal.my

Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat pembangunan, dan para pengguna kelak akan dapat mencuba versi alpha tidak lama lagi. Berkemungkinan besar, ianya akan dilancarkan sebagai versi alpha pada malam ini. Namun ianya masih tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Selain daripada itu, pihak kami juga mendapat tahu yang mana antaramuka dan rekabentuk akhir Lokal.my ini kelak akan jauh berbeza, namun masih akan mengekalkan antaramuka yang bersih, ringan dan mudah dilayari. Ianya juga diperkatakan yang mana Lokal.my kelak setelah dilancarkan versi akhir, pembangunnya juga akan turut membangunkan versi mudah-alih untuk digunakan pada perantian mudah-alih.

Komen