Nuffnang Memperkenalkan Iklan Jenis CPA

Nuffnang Memperkenalkan Iklan Jenis CPA

Diterbitkan pada Jan 20, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan pengiklanan dengan cara CPM dan CPC sejak daripada 4 tahun yang lepas, kini Nuffnang menambah lagi satu cara baru, iaitu CPA (Cost Per Action), dimana melaluinya, Nuffnang membayar berdasarkan kepada perbuatan yang diminta oleh pengiklan, samaada mengisi borang dalam talian, mahupun membeli produk dan sebagainya.

Pembayaran Nuffnang untuk perkara tersebut juga agak mahal daripada iklan jenis CPM dan CPC yang diperlihatkan oleh mereka, iaitu antara RM1 hingga RM20, berdasarkan kepada iklan dan pengiklan. Ianya juga diperkatakan yang mana mungkin sekiranya ianya sesuatu perkara yang amat bernilai, maka pembayaran mungkin lebih daripada RM50 untuk satu transaksi.

Walaubagaimanapun, Nuffnang tetap menetapkan iklan jenis CPM (yang turut dipanggil sebagai “Buffered Earning” oleh para penggunannya) tetap akan dipaparkan terlebih dahulu, dan baru diikuti oleh iklan jenis CPC ataupun CPA.

Tips daripada @IkhwanShah. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emelkan kepada media(a)amanz.my


TIPS & ULASAN