Cari @ Amanz

Selain memulakan tahun baru dengan sebuah rekod yang baru, Twitter juga turut sama menghampiri angka pengguna seramai 200 juta orang pengguna yang mana melaluinya mereka menghantar lebih 110 juta tweet sehari, pada 1 Januari 2011 yang lepas.

Menariknya, perkembangan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang amat positif sekali, dimana pada bulan Jun 2010 yang lalu, Twitter mempunyai lebih 190 juta orang pengguna, yang mana menghantar lebih 95 juta tweet sehari. Di Malaysia sahaja, sebelum ini diperkatakan yang mana terdapatnya lebih 1 juta orang pengguna Twitter.

Kini, dengan pencapaian ini, Twitter kini mula mensasarkan kepada perkembangan antarabangsa, dimana terkini mereka telah pun melancarkan Twitter dalam bahasa Korea, sekaligus menarik minat pengguna Twitter dalam menggunakan perkhidmatan mereka. Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat Twitter dalam versi Bahasa Malaysia. Siapa tahu?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd