Konsep Perantian Mudah-Alih Dengan Tiga Skrin Diperlihatkan

Konsep Perantian Mudah-Alih Dengan Tiga Skrin Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 20, 2011 oleh .

Beberapa perantian yang menggunakan dua skrin sudah pun mula kelihatan pada masa sekarang ini. Namun begitu, menariknya, mungkin dalam masa akan datang, kita akan dapat melihat perantian mudah-alih dengan tiga-skrin. Melalui sebuah video ringkas, sebuah konsep untuk perantian mudah-alih dengan tiga-skrin dan boleh dilipat diperlihatkan kepada umum.

Salah satu fungsi utama yang menjadikannya unik adalah yang mana didatangkan dengan tiga skrin. Ianya diperkatakan, dengan tiga skrin, para pengguna boleh mengubah-suai setiap skrin mengikut citarasa mereka, sekaligus membawakan suatu pengalaman yang serba baru kepada para pengguna seluruh dunia.

Dengan perkara ini juga, ianya boleh digunakan sebagai sebuah telefon pintar ataupun sebagai PC tablet dengan mudah. Walaubagaimanapun, ianya masih pada peringkat konsep, dan mungkin pada masa depan, ianya mungkin menjadi suatu produk yang benar.


TIPS & ULASAN