FaceFood – Rangkaian Sosial Untuk Pencinta Makanan

FaceFood – Rangkaian Sosial Untuk Pencinta Makanan

Diterbitkan pada Jan 21, 2011 oleh .

Kebanyakkan laman sosial tempatan tidak memfokuskan kepada suatu perkara atau kumpulan khusus, dan menjadikannya tidak begitu menarik untuk disertai. Namunn begitu, ianya berbeza dengan FaceFood, yang mana lebih ditujukan kepada penggemar makanan, dan menjadi salah satu laman sosial yang membolehkan para pengguna tempatan berkongsi makanan dan tempat makanan yang menarik diseluruh Malaysia dengan mudah.


Antaramuka Laman FaceFood

Menariknya, proses pendaftarannya juga mudah, memandangkan ianya diintegrasikan sepenuhnya dengan Facebook Connect, membolehkan para pengguna dengan akaun Facebook menggunakan perkhidmatan mereka tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang lama.

Melalui laman tersebut, makanan dikategorikan mengikut jenis dengan mudah, memudahkan para pengguna mengetahui mengenai sesuatu makanan dan pandangan pengguna dengan mudah. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan info tambahan, termasuk restoran berdekatan dan sebagainya secara terus melalui laman tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, seramai lebih 58 orang pengguna telah mendaftarkan diri pada laman tersebut. Mungkin lebih ramai lagi akan menyertai laman FaceFood sekiranya ianya menggunakan antaramuka laman yang lebih menarik daripada sekarang ini. Berkemungkinan besar, ianya masih lagi pada peringkat percubaan buat masa ini, dan mungkin akan mengalami perubahan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN