Flickr Kini Menyokong Akaun Facebook

Flickr Kini Menyokong Akaun Facebook

Diterbitkan pada Jan 21, 2011 oleh .

Selepas Yahoo! mengumumkan yang mana akan menyokong pendaftaran menggunakan akaun Google dan Facebook, kini pelbagai laman Yahoo! sudah boleh diakses menggunakan akaun Facebook dan Google, termasuk terkini adalah Flickr. Selepas menyokong akaun Google sejak sebelum ini, kini pengguna Facebook turut boleh mendaftar untuk menggunakan Flickr dengan mudah.


Sokongan Akaun Pihak Ketiga Di Flickr

Selain daripada itu, sekiranya anda sedia mempunyai akaun Flickr sedia ada, anda juga boleh mengintegrasikannya bersama-sama dengan akaun Google ataupun Facebook, sekaligus membolehkan anda melayari laman Flickr dengan amat mudah sekali.

Seperti sedia maklum, Flickr adalah laman sosial untuk para peminat gambar dan yang gemar akan fotografi. Pada masa yang sama, Facebook juga kini mencabar Flickr melalui kuantiti gambar yang dihoskan dan dimuat-naik oleh para pengguna pada laman Facebook. Namun begitu, jikalau dilihat daripada segi kualiti gambar yang dikongsikan oleh para pengguna, Flickr masih mendahului pencabar-pencabar yang lain.


TIPS & ULASAN