Cari @ Amanz

Kini, suatu sumber terdekat kepada Microsoft mengatakan yang mana Windows 8, iaitu sistem operasi generasi baru Windows, bakal mencapai versi RTM pada pertengahan tahun 2012, dan akan mula dijual dipasaran seawal tahun 2013 kelak. Ianya diperkatakan yang mana Microsoft mungkin melancarkan Windows 8 pada 7 Januari 2013.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum mengumumkan secara rasminya berkenaan jadual pembangunan Windows 8 kepada umum. Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 sudah pun dalam pembangunan, dan ianya dijangka akan mencapai versi Beta dalam tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana Windows 8 RC akan dilepaskan kepada umum pada pertengahan tahun pertama tahun 2012 dan diikuti dengan versi RTM selepas itu.

Fungsi-fungsi baru pada Windows 8 masih tidak diketahui sepenuhnya sehingga kini. Antara yang diketahui buat masa ini adalah dimana ianya akan membawakan antaramuka baru dipanggil “Wind”, selain akan turut disokong oleh cip pemprosesan ARM, serta mengintegrasikan perkomputeran awan untuk mengelak cetak rompak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd