Carian
Larry Page Bakal Menjadi CEO Google Bermula Bulan April
January 21, 2011 Aman

Setelah mentadbir Google sepanjang sedekad yang lalu, kini Eric Schmidt akan berhenti sebagai CEO Google, dan jawatan tersebut akan diambil-alih dan disandang oleh salah seorang pemilik Google, iaitu Larry Page. Pada masa yang sama, Eric Schmidt akan kekal sebagai Ketua Eksekutif (Executive Chairman), dan memfokuskan kepada perhubungan luar dan juga kerjasama.

Larry Page akan mengambil-alih sebagai CEO Google bermula daripada 4 April 2011 ini. Selain daripada itu, seorang lagi pemilik Google, iaitu Sergey Brin akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Google, dan hanya menjadi Co-Founder, dimana melaluinya, beliau akan fokus akan kepada strategi jangka masa panjang, dan lebih kepada pembangunan teknologi dan juga produk baru.


Tiga Orang Kuat Google Pada Kereta Yang DiPandu Automatik

Sebelum ini, Eric Schmidt menjadi CEO Google pada tahun 2001, mengambil-alihnya daripada Larry Page, kerana ketika itu, Google sedang meningkat naik namanya, dan memerlukan seorang eksekutif berpengalaman untuknya. Walaubagaimanapun, sehingga kini, pelbagai keputusan besar dibincang oleh ketiga-tiga orang ini terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

Komen