Cari @ Amanz

Malaysiakini Memperkenalkan Butang Kongsi Serba Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Laman berita paling popular diinternet, Malaysiakini hari ini mula memperkenalkan fungsi baru pada laman mereka, iaitu kebolehan untuk berkongsi berita bersama yang lain melalui butang kongsi yang baru. Menariknya, melalui butang kongsi yang baru ini, 10 rakan anda yang pertama klik dan membacanya, akan dapat membaca artikel tersebut secara percuma.

Seperti sedia maklum, Malaysiakini merupakan akhbar dalam talian yang mana memerlukan para penggunanya membayar terlebih dahulu untuk mengakses kandungannya. Sebelum ini, para penggunanya boleh berkongsi pautan Malaysiakini bersama yang lain dengan mudah, namun rakan yang membacanya perlu juga log masuk ke akaun Malaysiakini untuk ketahui berita versi penuhnya. Menariknya, kini dengan butang kongsi yang baru, para pelanggannya boleh berkongsi pautan bersama yang lain, dimana 10 orang pertama yang klik dan membacanya, dapat membaca artikel penuh secara percuma, dan pembaca yang ke-11 akan diminta log masuk atau membeli langganan Malaysiakini untuk membacanya dengan lebih lanjut.

Malaysiakini yang sudah beroperasi lebih 11 tahun itu, merupakan salah satu laman paling popular di Malaysia. Kandungan bahasa Melayu pada Malaysiakini ditawarkan secara percuma, sebaliknya pembaca yang ingin membacanya dalam bahasa Inggeris perlu membeli langganan untuk membaca artikel penuh.

If you’re a Malaysiakini subscriber, try our new share button. 10 friends can read the story for free. Read quick, if you’re No 11, sorry-laless than a minute ago via web


Komen ()