Carian
Pilih Bentuk Tulisan Yang Digemari Pada Blogger
January 21, 2011 Aman

Setelah menguji bentuk tulisan berbeza pada Blogger in Draft, kini Google secara rasminya memperkenalkan lebih 77 jenis tulisan berbeza (font) pada Blogger, sekaligus membolehkan para penggunanya memilih bentuk tulisan yang disukai oleh mereka, dan gunakan pada blog mereka dengan mudah.

Untuk menjayakan perkara ini, Blogger menggunakan Google Fonts, yang mana menyediakan bentuk tulisan percuma untuk diguanakn pada web. Kini, melalui Blogger, para pengguna boleh menetapkan tulisan yang disukai oleh mereka untuk teks dan juga tajuk artikel pada blog.

Untuk mula menggunakan bentuk tulisan baru, pengguna Blogger hanya perlu memulakan Template Designer, dan seterusnya melalui tab “Design” pada Dashboard Blogger, dan seterusnya memilih pautan Advance. Melaluinya, anda boleh memilih bentuk tulisan yang anda sukai, dan menetapkannya disitu.

Komen