Setelah mula menjual tema pertama melalui 12 Designs Project pada awal bulan yang lalu, kini pembangunnya sudah pun hampir menyiapkan rekabentuk kedua tema WordPress yang mana bakal dijual bermula daripada 1 Februari kelak, dan diberikan nama sebagai Taurus.
Rekabentuk Tema Taurus [via]
Sama seperti sebelumnya, Taurus kelak juga hanya akan dijual sebanyak 12 salinan sahaja, sekaligus menjadikannya sebagai tema keluaran edisi terhad oleh pembangunnya, yang mana juga merupakan pemilik MentariWorks yang memperkenalkan Lokal.my baru-baru ini.