Setelah memperkenalkan fungsi komen masa-nyata pada Facebook Groups sebelum ini, kini ianya dilihat yang mana fungsi tersebut bakal diperkenalkan kepada keseluruhan laman Facebook, sekaligus menjadikan komunikasi antara pengguna lebih mudah dan pantas, tanpa perlu para pengguna menekan butang refresh seperti sebelumnya.
Perkara ini, sekaligus menjadikannya seperti salah satu platform sembang (chat), memandangkan semuanya dikemaskini secara masa-nyata. Selain daripada itu, sistem notifikasi yang serba baru ini, mungkin secara tidak langsung tidak berapa menganggu pengguna seperti sebelumnya.
Untuk makluman, fungsi seumpama ini pernah digunakan pada sistem komen FriendFeed, dimana mereka pernah menggunakan fungsi komen masa-nyata pada laman mereka sebelum ini. FriendFeed sebelum ini telah diambil-alih oleh Facebook, serta pasukan disebalik FriendFeed telah diserapkan bersama pasukan pembangun Facebook.
Selain daripada fungsi komen, Facebook juga turut sama telah memperkenalkan fungsi statistik masa-nyata pada Fan Page, dimana kini para pentadbir halaman Fan Page boleh melihat perkembangan Post Insights sebaik sahaja status ataupun pos dipaparkan kepada semua, berbeza dengan sebelum ini.