Cari @ Amanz

Offers Boleh Di Akses Melalui Google Places Oleh Peniaga

Oleh Aman

Link Copied!

Semalam ianya diketahui yang mana Google bakal memperkenalkan pesaing Groupon dibawah nama Google Offers. Menariknya, kini versi beta kepada Google Offers sudah pun boleh diuji, dan ianya dilihat yang mana Google Offers diintegrasikan bersama Google Places dalam membawakan tawaran mengikut lokasi dengan mudah sekali.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat beta, dan bagi para peniaga yang berminat menggunakannya, anda boleh menggunakannya secara terus melalui tab Offers pada akaun Google Places mereka. Menariknya mengenai Google Offers adalah, tidak seperti Groupon atau Groupsmore yang memerlukan kita menghubungi pihak mereka terlebih dahulu sebelum boleh menyertakan tawaran tersebut, melalui Google Offers, anda boleh melakukannya sendiri melalui sistem layan diri yang disediakan oleh mereka.


Tab Offers Pada Google Places [via]

Selain daripada itu, tawaran yang ditetapkan, tidak semestinya adalah tawaran hanya untuk sehari, tetapi para peniaga boleh menetapkannya untuk tempoh masa yang diingini. Mereka juga boleh menetapkan samaada promosi tersebut perlu dicetak ataupun boleh diperlihatkan melalui telefon mudah-alih para pembeli.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bagaimanakah ianya akan beroperasi daripada aspek pengguna. Apa yang diketahui buat masa ini adalah Google akan menggunakan sistem pembayaran Google Checkout pada Google Offers ini. Info lanjut bakal menyusul.


Komen ()