Carian
Google Akan Memerangi Kandungan Web Berbentuk Spam
January 22, 2011 Aman

Salah satu fungsi utama Google adalah enjin cariannya, dimana ianya merupakan enjin carian terkemuka dan paling popular buat masa ini. Untuk mengelakkan para penggunanya tertipu, disamping mengekalkan kualiti hasil carian yang dipaparkan, Google sepanjang tahun ini akan memerangi kandungan berbentuk webspam, yang mana menggunakan kata kunci berbeza untuk menarik para pengguna enjin cariannya untuk melawati laman web mereka.

Google menerangkan webspam sebagai sampah yang para pengguna akan lihat pada hasil carian, dimana sesetengah laman web itu menipu untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi pada hasil carian, serta pada masa yang sama mengurangkan kualiti enjin carian mereka. Ianya juga diperkatakan, yang mana amaun kandungan webspam adalah masih sedikit, namun caranya adalah baru dan berubah-ubah.

Sebelum ini, beberapa perkara baru diperkenalkan pada enjin carian Google, iaitu Google Instant, dan juga kebolehan untuk melihat sesuatu laman web tanpa perlu memasukinya terlebih dahulu. Google juga sentiasa berusaha keras dalam membawakan carian yang lebih relevan kepada para penggunannya.

Pada masa yang sama, ianya juga dapat dilihat yang mana segelintir pengguna kini mula menggunakan Bing sebagai enjin carian utama mereka, memandangkan tahap kandungan spam padanya masih diperingkat yang amat-amat rendah buat masa ini.

Komen