Cari @ Amanz

MilkADeal Menyertai Industri Tawaran Harian

Oleh Aman

Link Copied!

Selain penyertaan Google ke arena laman tawaran harian, di Malaysia, industri tersebut juga dilihat berkembang dengan sihat sekali. Selain beberapa laman tawaran harian yang sedia ada di Malaysia, terkini, ianya turut disertai bersama-sama oleh MilkADeal, yang mana turut menumpukan kepada kawasan Lembah Klang buat masa ini.


Antaramuka Laman MilkADeal.com

MilkADeal yang mana menawarkan diskaun keatas pembelian secara berkumpulan, turut sama dijangka akan memperluaskan operasi mereka ke Pulau Pinang dan juga Johor Baharu tidak lama lagi. Selain daripada itu, MilkADeal juga kini memulakan promosi laman mereka secara besar-besaran dalam mendapatkan pengguna baru untuk menggunakan laman mereka, sekaligus berjimat dalam pembelian pelbagai perkara.

Di Malaysia, antara penyedia laman tawaran harian yang popular adalah termasuk MyDeals dan juga Groupsmore. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin akan berubah menjelang akhir tahun kelak.


Komen ()