HTML5 Dipanggil Sebagai HTML Sahaja

HTML5 Dipanggil Sebagai HTML Sahaja

Diterbitkan pada Jan 22, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, seluruh web agak tertumpu kepada HTML5, selain W3C baru-baru ini memperkenalkan logo khas untuk HTML5. Walaubagaimanapun, ianya nampak yang mana penggunaan HTML5 akan dihentikan, dimana selepas ini, ianya akan dipanggil seperti HTML sahaja, tanpa penggunaan angka versi.

Seperti sedia maklum, sebelum-sebelum ini, angka versi tidak pernah digunakan ketika berkata-kata mengenai HTML, dan pihak WHATWG dan W3C kini bercadang supaya ianya kekal sebegitu, memandangkan HTML merupakan sebuah standard yang akan kekal sampai bila-bila walaupun ianya berevolusi dari masa ke semasa.

Logo HTML5
Logo HTML5 yang diperkenalkan baru-baru ini


TIPS & ULASAN