Lebih 10 Billion Aplikasi Dimuat-Turun Melalui App Store

Lebih 10 Billion Aplikasi Dimuat-Turun Melalui App Store

Diterbitkan pada Jan 22, 2011 oleh .

Hari ini, Apple mencapai suatu tahap yang menakjubkan, dimana sejak pelancaran App Store mereka sehingga kini, sudah lebih 10 billion muat-turun berlaku. Buat masa ini, terdapat lebih 300,000 aplikasi yang ditawarkan, termasuk berbayar dan juga yang percuma.

Melalui App Store, Apple membolehkan para pengguna iOS, iaitu iPhones, iPod Touch, dan juga iPad memuat-turun turun aplikasi kegemaran mereka dengan mudah. Selain daripada itu, Apple juga pada masa yang sama menyambut perkara ini, dengan memberikan pengguna yang memuat-turun aplikasi yang ke-10 billion sebuah voucher bernilai US$10,000 untuk iTunes. Buat masa ini, ianya masih lagi belum diumumkan, siapakah pemiliknya.


TIPS & ULASAN