Cari @ Amanz

Setelah ramai yang menekankan mengenai privasi pada laman sosial 1Malaysia.com, kini laman 1Malaysia.com telah menggantikan halaman utama mereka dengan halaman seumpama yang terdapat pada Facebook dan Friendster, dimana hanya kotak untuk pendaftaran dan log masuk sahaja dipaparkan. Namun begitu, privasi pada laman tersebut masih menjadi tanda tanya.


Antaramuka Baru Halaman Utama 1Malaysia.com

Walaupun halaman utamanya tidak memaparkan sebarang kemaskini daripada penggunanya seperti sebelum ini, namun begitu, beberapa lokasi lain, termasuk album masih boleh diakses oleh orang lain, dimana segalanya boleh dilihat oleh semua pengguna. Mungkin pihak pembangunnya, perlu mengambil-berat lagi isu privasi ini sebelum lebih ramai yang mula mengadu mengenainya.

Selain daripada perubahan pada halaman utama, 1Malaysia.com juga turut sama memperkenalkan rekabentuk bahagian navigasi yang serba baru, menyerupai pada laman Apple, selain mana, navigasi penuh tidak diperlihatkan pada halaman utama. Kedudukan logo juga turut sama diubah kedudukannya kepada bahagian tengah. Mungkin lebih banyak kemaskini akan diperkenalkan mereka dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd