Mungkin ramai pengguna internet sudah pun kenali The Pirate Bay. Menariknya, kini mereka sedang membangunkan sesuatu yang baru dan masih misteri lagi, yang mana dipanggil sebagai The Music Bay. Buat masa ini, laman The Music Bay hanya mempamerkan notis akan datang sahaja, tanpa sebarang info lanjut mengenainya.
Melalui TorrentFreak, The Pirate Bay mengatakan yang mana industri muzik tidak dapat bayangkan apa yang sedang dirancang oleh mereka. Seperti sedia maklum, industri muzik sering mengadu berkenaan dengan cetak rompak dan muat-turun lagu melalui internet, dan kini semestinya mereka lebih takut dengan The Music Bay ini.
The Music Bay dijangka akan dilancarkan pada bulan April ini, dan ianya masih menjadi tanda tanya, apakah The Music Bay itu, dan apakah kesannya kelak kepada industri muzik antarabangsa.