Android Honeycomb Hanya Untuk Tablet?

Android Honeycomb Hanya Untuk Tablet?

Diterbitkan pada Jan 23, 2011 oleh .

Walaupun ianya pernah diura-urakan yang mungkin Honeycomb akan diperkenalkan kepada telefon pintar, sehingga kini ianya masih menjadi tanda tanya, samaada adakah Android Honeycomb akan menemui pengguna telefon pintar, memandangkan sehingga kini, Google sentiasa merujuk kepada Honeycomb sebagai sistem operasi untuk tablet sahaja.

Pada masa yang sama, kini pembangun di Android, turut memperkatakan yang mana buat masa ini, Honeycomb merupakan sistem operasi untuk tablet sahaja, dimana ianya telah dioptimasikan khas untuk Android, serta membawakan antaramuka yang serba baru.

Ianya masih lagi tidak pasti dan masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Sebelum ini, ianya pernah turut diperkatakan yang mana Android Ice Cream Sandwich kelak akan menggunakan angka versi 2.4. Sekiranya perkara tersebut adalah benar, mungkin kita akan dapat melihat penggunaan angka versi untuk membezakan sistem operasi untuk telefon pintar (Android 2.x) manakala tablet menggunakan angka versi 3.0. Mungkin juga Google menetapkan agar penggunaan angka genap untuk telefon pintar dan angka ganjil untuk tablet.

Ianya masih samar-samar berkaitan dengannya buat masa ini, dan mungkin kita akan dapat ketahui lebih banyak maklumat berkaitan dengannya, menjelang pelancaran Android 3.0 Honeycomb, tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN