Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan laman aggregator dan juga laman perkongsian artikel yang popular tidak lama dulu, Negaraku? Menariknya, kini pembangunnya dilihat memberikan perhatian kembali padanya, dan mungkin kita akan dapat melihat ianya kembali beroperasi tidak lama lagi.

Buat masa ini, domain Negaraku.net masih lagi mempamerkan halaman domain parking, manakala pembangunnya telah pun memuat-naik semula segala data lama dibawah domain Laman7.com. Buat masa ini, laman aggreagtor Negaraku.net, yang mana mengumpulkan semua berita boleh diakses seperti biasa oleh para pengguna, manakala laman untuk menghantar dan mengundi artikel, yang menjadi salah satu lokasi utama dituju oleh jurublog masih lagi tidak aktif sepenuhnya.

Seperti yang dapat dilihat pada artikel terkini yang dipaparkan pada laman sementara Negaraku, artikel terakhir yang dihantar berusia lebih 327 hari, memperlihatkan yang mana sudah hampir setahun laman tersebut tidak dapat diakses. Mungkin segalanya akan berubah tidak lama lagi. Para pengguna juga boleh mengikuti kemaskini Negaraku.net melalui halaman Facebook yang baru disediakan oleh pembangunnya.

Negaraku! – The Malaysia News Aggregator .. is it back? oh well http://bit.ly/negarakuless than a minute ago via bitly

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd